17 Disember 2011

: : All Out Amirul!!! Sebab Final Dah Hampir : :

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... aku terpanggil untuk mengimarahkan kembali blog aku ni. Lama sangat aku menghilangkan diri. Sibuk ke? erm.. mungkin sibuk dan mungkin buat-buat sibuk? :D..

Biasalah semasa 1st sem ni, setiap pelajar baru akan cuba mengambil masa untuk membiasakan diri di tempat baru.

Cepat sungguh masa berlalu, sekarang dan dekat final dah. Aku nak beritahu, aku kena all out. Bahasa mudahnya pencutan terakhir la.

start minggu ni, aku dah puasa* dah. Puasa??? nak tahu, mesej la (tips biasa ja)... Bersiap sedia dari semua aspek fizikal, mental, rohani, dan emosi. Fuh!!!

Final exam aq bermula dengan subjek
1) Lab 1 - 15/12.... dh lepas pon (alhamdulillah boleh la jawab :D)

2) Study Circle - 24/12.... subjek ni macam Subjek Agama Islam

3) Calculus 1 - 29/12.... Subjek ni paling mudah (nak motivate diri
ja, tapi hakikat paling susah kot)

4) Statics - 4/1.... Subjek ni kena skor, pening juga kalau tak faham

5) Circuits - 4/1.... Subjek killer selalu pihak UIA n letak sama tarikh, saja buat pelajar kelam kabut.

6) BM - 6/1... Aku ambil BM juga la, jangan kata UIA ni tak ada BM. Walaupun aku orang melayu, jangan ambil mudah ya. Ye la, BM ni siap tanya sejarah kewujudan orang melayu, maksud di sini, kena belajar sejarah la.

7) UNGS - 7/1... Subjek ni yang paling best :D.. sebabnya lecturer yang best? ya la, asyik minta pelajarnya siapkan assigment dia tapi kami semua tak mampu buat. Mana mampu, dia minta semua pelajar dia KAHWIN...

8) Drawing - 9/1.. Drawing ialah subjek paling relaks. Relaks kami pon, siapa yang tak siapkan asignment, tak boleh keluar lab kot.



Dan aku punyai subjek yang paling aku takut. Kalau aku gagal subjek ini, habislah aku!!!

iaitu

>>>>>>>>>>>>>>>>>MAUT!!!<<<<<<<<<<<<<<<<<

subjek ini paling unik dalam hidup aku sebab tidak ada masa yang tetap. Dan juga subjek ini punyai skema jawapan. Skema jawapan ini ada didalam Al-Quran. Tetapi aku masih takut dan tak yakin samada aku LULUS atau GAGAL walaupun sudah tahu jawapannya. Dari segi pengawasnya cukup tegas kerana pengawasnya ialah makluk Allah yang paling patuh dengan arahan Allah swt. Dia tidak akan simpati sekiranya kita memohon untuk merayu.

Ingatlah sahabat-sahabat, sekiranya kita gagal semasa exam, kita boleh mengulang subjek yang sama. Tetapi sekiranya kita gagal semasa gagal exam di dalam kubur.. Nauzubillah..

Maka, carilah persiapan di dunia ini untuk kita menempuh exam yang paling besar itu.

Wahua'lam..

11 September 2011

: : Alhamdulillah, Merafakkan Kesyukuran : :

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW,

Alhamdulillah, selamat sudah aku mendaftar dan menghadapi minggu ta'aruf di UIAM, Gombak. Ya Allah, permudahkan segala urusan pekerjaanku. Ya Allah, moga-moga kesibukkan sebagai pelajar kos Kejuruteraan Mekatronik ini tidak sedikit pun menjauhkan diriku denganMu.


Wahai sahabat-sahabat mendoakan kesejahteraan dan kejayaanku di dunia dan akhirat.

*ada lecturer UIAM beritahu, Mekatronik Engineering ialah kos killer di UIAM.


tapi semuanya tidak boleh dipercayai....


ALLAH SWT yang berhak menentukan segala-galanya bukan kesusahan kos itu. :D...

22 Ogos 2011

: : Al-Quran Dan Puasa : :

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah kehadrat Allah swt kerana Allah swt masih memanjangkan umur sehingga ke 22 ramadhan. Moga diharapkan puasa selama 21 hari kita dapat mendekatkan diri dan meningkatkan lagi taqwa kepada Allah swt.

Suka saya kongsikan nukilan Ir Ahmad Jais Alias al-Syazili mengenai hubung kait di antara Al-Quran dan puasa.

Kita sering terfikir, bagaimana untuk menghayati dan mengamalkan Al-quran. Ramai saja hafiz dan hafizah atau sesiapa yang mempelajari Al-quran di luar sana masih lagi mempersoalkan bagaimana untuk menghayati dan mengamalkan Al-quran.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”.

( Hadith Riwayat Muslim )

Tidak dinafikan bukan mudah untuk mengamalkan Al-quran. Perlu adanya mujahadah dan iltizam yang kuat.

Namun, bukan itu saja Allah swt telah menyatakan dalam Al-quran mengenai cara untuk menghayati dan mengamalkan Al-quran dengan mudah.

QS [2:183] Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.

^TAQWA^
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘taqwa’ ?

Maksud taqwa ialah menunaikan perkara yang diwajibkan oleh Allah swt serta meninggalkan perkara yang dilarang olehNya. Hamba Allah yang bertaqwa itu adalah mereka yang menunaikan kewajipan dan meninggalkan larangannya. Sekiranya mereka mati dalam keadaan tersebut nescaya mereka terpelihara dari azab neraka dan akan terus dimasukan ke dalam syurga.

Takwa ialah formula untuk kita mudah menghayati dan mengamalkan Al-quran. Ini disebabkan Allah swt telah berfirman dan Al-quran.

QS [2:2] Kitab (Al Qur'an) ini, tiada ada keraguan padanya,menjadi petunjuk(huda)kepada orang yang bertakwa.

-petunjuk(huda)kepada orang yang bertakwa- orang yang mendapat petunjuk(huda) daripada Allah swt akan sentiasa mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Sentiasa mencari jalan-jalan untuk melakukan kebaikan. Maka mereka akan mencari kebaikan-kebaikan yang ada di dalam Al-quran untuk diamalkan. Sungguh kreatif Allah swt. SubhanAllah...

Maka, cara untuk menghayati dan mengamalkan Al-quran ialah dengan berpuasa. Berpuasalah dengan sebenar-benar puasa sehingga melahirkan taqwa dalam diri kita. Jangan biarkan ramadhan yang berbaki 8 hari lagi pergi begitu saja tanpa sempat untuk kita mewujudkan taqwa dalam diri kita.

Wa'allahualam...

14 Ogos 2011

: : Toma'ninah : :

Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhmdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang telah sampaikan kita sehingga 14 Ramadhan ini. Kasihnya Allah SWT kepada hamba-Nya menjadikan bulan yang penuh keberkataan ini walaupun hamba-Nya sering melakukan dosa kecil mahupun dosa besar. Bulan Ramadhan Al-mubarak memberikan peluang kepada muslimin dan muslimat untuk mengislah diri dan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta,Rabul-Jalil.

Setiap hari dari pagi sehingga malam, muslimin dan muslimat berebut-rebut melakukan amal ibadat memohon pengampunan daripada Allah SWT. SubhanAllah...

Malam pula dihiasi dengan solat tarawih, ada yang melakukan 8 rakaat dan ada juga yang melakukan 20 rakaat. Hebat sungguh fizikal mereka...

Namun bagaimana dengan penghayatan solat??

Sungguh menyedihkan dengan solat muslim dan muslimat sekarang...

Si A : Kamu solat tarawih di mana malam n?
Si B : Aku solat di surau sebab buat lapan saja.
Si A : Eh, jom la pergi masjid, masjid buat 20 rakaat.
Si B : Tak pa la, surau habis awal sikit, dalam 10.15 mlm kira dah selesai dah.
Si A : Masjid lagi awal sheikh, 10.10 mlm dah settle?
Si B : Ha?? 20 rakaat abis 10.10 mlm?? LAJUNYA!!!!

bayangkan... selesai saja solat, makmum termenggah2 kepenatan tanpa khusyuk. astaga...

wahai muslimin dan muslimat, solatlah dengan tenang dan menghayatinya(khusyuk).

Firman Allah SWT:“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]

Firman Allah SWT lagi : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”. (Surah Al-Baqarah: 45)

Bukankah Nabi Muhammad SAW memberi teladan solat yang khusyuk kepada para sahabat.

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.

Jagalah rukun solat yakni toma'ninah...

terdapat 2 kitab yang membahaskannya, antaranya Nailul Awthar Syarh Muntaqa Al-Akhbar Li As-Syaukani dan Fathul Bari Li Ibn Hajar Al-Asqalani. Tuma’ninah bermaksud ketenangan. Inilah sebenarnya objective solat, utk mencapai ketenangan. Kalau tidak ada tuma’ninah, maka tiada ketenangan dlmnya. Nabi S.A.W pernah bersabda, "Seburuk2 pencuri ialah pencuri dlm solat." Siapa pencuri dlm solat? Yakni, "mereka yang gagal menyempurnakan ruku' dan sujud." (Riwayat Ibn Khuzaimah, Ahmad, At-tabarani dan Al-Hakim dan isnadnya adalah sahih memenuhi syarat Bukhari dan muslim). jadi tuma'ninah itu dlm erti kata yang sebenarnya ialah melakukan ruku' atau sujud dgn sempurna. Org yg tergesa2 tidak akan sempurna ruku' dan sujudnya

toma'ninah ialah rukun solat, hebat macamana pun solat tarawihmu 8 rakaat atau 20 rakaat pun tanpa toma'ninah. Maka, sia-sia saja solatmu.

SIA-SIA SAJA... nau'zubillah..

Wallahu'alam...


07 Ogos 2011

: : Islah Ramadhan Penyegar Daie : :

Layakkah Aku menjadi da'ie?
Jika diri sendiri belum di islahi
Bercakap bukan main tinggi
Nak laksanakan,masyaallah, susah sekali.

Layakkah aku menjadi da'ie?
Qiamullail setahun sekali
Baca quran pun semuka je sehari
Ada hati nak jadi kekasih Ilahi

Layakkah aku menjadi da'ie?
Sedangkan masalah hati penuh dalam diri
Muamalat pun sesuka hati
Panggilan abang sayang dah jadi lali

Layakkah aku menjadi da'ie ?
Akhlak pun macam tahi
Gelak tak tengok kanan kiri
Orang sekeliling jenuh dok perhati

Ya Allah Ya Rabbi
Pimpilah diriku ini
Yang sentiasa di uji
Dari kanan dan kiri

Aku sedar segala kelemahan diri
Semoga dengan sentuhan kasihMU
Memberikan kekuatan untukku mengubah diri
Menjadi mukmin sejati
Yang mampu berjuang sepanjang hari
Demi mencari syurgamu Ilahi...

31 Julai 2011

: : Aku Kembali Semula : :

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhmdulillah, akhirnya Allah swt telah memberi taufiq dan hidayah untuk mendorong aku kembali dalam pentas penukilan ini. Sudah 2 bulan aku berhenti menulis kerana aku hadapi satu masalah yakni Istiqamah. Ya Allah swt, moga-moga penulisanku ini mencapai redha-Mu dan dengan berkat Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, moga-moga penulisan ku ini dilipatgandakan ganjaran..

Istiqomah!!! Yang dimaksud istiqomah adalah menempuh jalan (agama) yang lurus (benar) dengan tidak berpaling ke kiri maupun ke kanan. Istiqomah ini mencakup pelaksanaan semua bentuk ketaatan (kepada Allah) lahir dan batin, dan meninggalkan semua bentuk larangan-Nya. Inilah pengertian istiqomah yang disebutkan oleh Ibnu Rajab Al Hambali.

Firman Allah Ta’ala:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah” kemudian mereka istiqomah pada pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.” (QS. Fushilat: 30)

Kepentingan istiqamah dalam beribadah mahupun penulisan ialah mampu membentuk akhlak dan sahsiah atau keperibadian kita dalam kehidupan seharian. Jika kita tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu ibadah, kita akan merasakan kekurangan dalam diri kita. Seperti hati tidak tenteram atau terasa kekosongan dalam diri. Perkara ini mudah terjadi terutama sekali apabila kita sudah berjaya istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT sebelum ini dan terputus dari istiqamah pada suatu ketika selepas itu.

Hal ini kerana syaitan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memusnahkan anak Adam sedikit demi sedikit dengan menjauhkan hamba Allah dari istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT.

Oleh sebab itu, dengan apa cara sekalipun. Kita perlu melawan segala kemalasan yang disebabkan oleh godaan syaitan yang ingin menjauhkan kita dari istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Berteguh-hatilah kamu (istiqamahlah) kamu meskipun tidak akan mampu melakukan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa bahagian terbaik dari agamamu adalah sembahyang, dan tiada seseorang yang memelihara wudhu’, kecuali orang yang beriman.” (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Wahai Ar-rijal!!! Bangkitlah…

"Berikanku sepuluh orang pemuda, maka akan ku goncangkan dunia.."
– Presiden Pertama Indonesia,Bung Sukarno.

PEMUDA.. itulah kuasa seorang PEMUDA.. mereka bukan seperti pemuda biasa-biasa, bukan juga lelaki dalam kebanyakan manusia, tetapi merekalah PEMUDA harapan BANGSA, RIJAL impian AGAMA..

"Harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu 'Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!!"
- Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khattab

Jangan mudah ditipu oleh syaitan… yakinlah, ia hanya satu UJIAN
3 hikmah ujian:
1)Mengampun dosa-dosamu yang terdahulu
2)Memberi pahala kepadamu
3)Meningkatkan darjatmu

Wahai pemuda, kamu siapa diri kamu???

"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.." - Surah Al-Kahfi [18:13]
Kamu itu cukup dimuliakan oleh Allah swt. Sehingga namamu tercatit dalam Al-quran.

Lihatlah Sultan Muhammad Al-Fateh, Usamah bin Zaid, Salahuddin Al-Ayyubi, pemuda-pemuda Al-Kahfi, Saidina Ali, Imam Syafie' dan ramai lagi pemuda kebanggaan agama dalam sejarah kegemilangan Islam.

Mereka semua PEMUDA, mereka semua hampir sebaya kita.. mereka semua bercita-cita.. tetapi bukanlah bercita-cita sekecil jiwa kita, cita-cita mereka HEBAT.. impian mereka BERSEMANGAT.

SubhanAllah, bukti apa lagi yang kita mahukan untuk membuktikan pemuda seperti kitalah yang seharusnya bangun dari lena, sedar dari angan-angan yang sia-sia, bangkit dari alam maya ke alam yang nyata.

Siapa lagi yang akan jadi PENDOKONG UTAMA AGAMA, jika bukan dari dalam kalangan pemuda itu sendiri.

Andalah PEMUDA harapan AGAMA itu!

Lihatlah realiti masa kini.. pemuda kian longlai, pemuda semakin kusut masai, pemuda mudah dihina, pemuda senang dicerca.. pemuda tiada wawasan diri, pemuda tiada pegangan AGAMA yang sejati..

Ya Allah..
Katakanlah dalam diri, kamilah PEMUDA PEJUANG, PEMUDA yang bukan hanya duduk senang lenang, PEMUDA harapan AGAMA, PEMUDA perubahan identiti BANGSA.. kamilah orangnya!

Kamilah RIJAL yang ditungu-tunggu kehadirannya.. kami!!

Ya, kamilah orangnya, katakanlah dalam diri.. tekadkan dalam sanubari.. tanamkan dalam hati.

Justeru, untuk berubah dari seorang lelaki biasa kepada PEMUDA LUAR BIASA ini, ada satu perkara yang amat penting untuk kita sama-sama telitikan. Apakah ia?
Itulah HATI ..

"Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar mengetahui apa yang disembunyikan hati mereka dan apa yang mereka nyatakan.." - Surah An-Naml [27:74]
Jika seorang tentera itu mahu kekuatan dalam dirinya, latihan FIZIKAL merupakan latihan utama.

Begitu juga seorang PEMUDA. Jika dia mahu kekuatan rohani dalam dirinya, latihan HATI merupakan latihan yang asasi.

Untuk menjadi PEMUDA penyumbang dalam usaha menggapai 'ustaziatul'alam, HATI perlu bersih, HATI perlu jernih .. bersih dan jernih dari kufur serta segala macam kemaksiatan.

HATI itu ibarat kubu sebuah istana. Kita perlu mempertahankan kubu kita daripada diceroboh oleh Syaitan dan Iblis Laknatullah yang durjana.. kita perlu ada cara dalam mengawalnya. Kita perlu ada strategi untuk mempertahankannya.

Apakah cara dan strateginya?
Kita perlu mempertahankan pintu masuk kubu istana. Itulah strategi utama. Jika ini kita mampu lakukan, nescaya tentera-tentera Syaitan dan Iblis pasti sukar untuk menceroboh masuk ke dalam istana.

Persoalannya sekarang, apakah pintu-pintu masuk kubu tersebut? Atau secara realitinya, apakah pintu-pintu masuk Syaitan dan Iblis ke dalam hati kita??

Pintu-pintu masuk tersebut adalah sifat-sifat kita sendiri..
Sifat hasad dengki, ammarah yang keterlaluan, sifat suka bermusuh-musuhan, malas, pengotor, pengeji.. itu semua adalah sebahagian pintu-pintu masuk 'kubu istana'.

Kawallah pintu masuk tersebut, nescaya selamatlah istana, kawal sifat-sifat mazmumah tersebut, nescaya selamatlah hati kita.
Itulah analoginya.. mudah untuk hadam dalam fikiran, tetapi payah untuk dilaksanakan.

Berusahalah untuk mendapat HATI yang suci, bersungguhlah demi memperolehi pangkat PEMUDA yang disegani RABBI .. nescaya pasti ada bahagian untukmu di Akhirat nanti.

Percayalah!

Ayuh PEMUDA!!

Ayuh kita semarakkan semangat. Semangat yang kian lama terpendam, semangat yang sudah lama tertanam!

Jangan biarkan ia begitu sahaja, nescaya menyesal kamu di suatu ketika!
Gunakanlah jiwa pemuda kamu di tempat yang sepatutnya, di tempat yang membanggakan Islam, di tempat yang diredhai AS-SALAM.

Moga pemuda-pemuda pilihan seperti kita semua ini, bertemu gembira bukan sahaja di alam duniawi, malah bertemu riang di Syurga Firdausi. Insya-Allah.
Alhamdulillah.

- editted from iluvislam.com

09 Mei 2011

: : Sahabat Atau Buah Hati : :

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya!
Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..

Sudah terlanjur digosipkan….
Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.

Jangan Terperangkap
Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda:”Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya….” (an-Nur:31-32)

Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

28 April 2011

: : Bahaya Tidur Selepas Subuh : :

Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/22)

Posted by أميرة فتيحة puteri pembuka

17 April 2011

: : Bait-bait untuk Muslimah : :






Buat diri-diri yang masih sendiri
Dan mencari-cari

Bersabarlah, yakinlah
Di sebalik keseorangan itu
Punya hikmah yang hanya
Allah sahaja yang mengetahui

Meski waktu terus berlalu
Tapi tak ada orang meminang
Namun tidak bermakna
Penantian itu adalah sia-sia

Saat perjalanan dalam kehidupan ini
Adalah pencarian hakikat diri
Justeru itu gunakan waktu itu
Sebaik-baiknya

Muhasabahlah diri kita
Tarbiyahlah diri kita dan perbaikilah diri kita
Moga, ada sinar telus
Yang menanti di akhir sinar itu

Besabar dan berdoalahlah
Agar kita diperteguhkan iman
Sehingga sampai
Saat kita itu dipinang

Dan sesungguhnya kita tidak sendiri
Kerana Dia sentiasa di sisi kita
Yakinlah Allah sentisa bersama dengan kita
Dengan ganjaran Allah di sana nanti

Kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui
Apa yang terbaik untuk kita
:)

11 April 2011

: : Hanya Sebentar Sahaja, Bersabarlah : :

Sebentar saja...

Wahai muslim dan muslimat...
kuatkan semangat-mu...
kerana Dunia ini hanya sementara..
istiqmahlah dalam amalmu.. tingkatkan amalmu.. tingkatkan ketaqwaanmu kepada Allah swt.. ikhlaskan segala amalmu.. nescaya, kamu tidakkan rugi di akhirat nanti, InsyAllah..

Dunia ini bagaikan penjara bagi orang beriman, syurga bagi orang kafir..

maka, kuatkan segala-galanya...
fizikalmu.. mentalmu.. emosimu.. spiritualmu..
kerana apa??
kerana ujian dan dugaan pasti dan pasti akan menemuimu..

banyak bersabar wahai orang beriman.. jangan mudah terpengaruh dengan kenikmatan dunia yang menjurus kemaksiatan dan kelalaian kepada Allah swt.

“Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.�? (al-Hadiid: 20)

Seperti yang tertulis dalam Al-Qur`an, orang-orang musyrik hidup hanya untuk beberapa tujuan, seperti kekayaan, anak-anak, dan berbangga-bangga di antara mereka. Dalam ayat lain, dijelaskan tentang hal-hal yang melenakan di dunia,

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (surga). Katakanlah, ‘Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikaruniai) istri-istri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.�? (Ali Imran: 14-15)
“Sesungguhnya, orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.�? (Yunus: 7-8)

Bagi mereka yang lupa bahwa dunia merupakan tempat sementara dan mereka yang tidak memperhatikan ayat-ayat Allah, tetapi merasa puas dengan permainan dunia dan kesenangan hidup, menganggap memiliki diri mereka sendiri, serta menuhankan diri sendiri, Allah akan memberikan hukuman yang berat. Al-Qur`an menggambarkan keadaan orang yang demikian,

“Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).�? (an-Naazi'aat: 37-39)

Semoga dapat muhasabah.. dan menyegarkan ingatan kita kembali .. tentang pentingnya mempersiapkan bekal untuk perjalanan hidup yang selanjutnya...
wallahu'alam..

27 Mac 2011

: : Genaplah 20 tahun Umur-ku pada Hari ini : :

Alhamdulillah... sudah lama aku menyepikan diri untuk meletakkan entry baru dalam laman sesawang ini. Kekangan masa sangat untuk laman sesawang ini, ini pun curi2x masa.. (n curi yg tak brdosa tau)

Pelbagai perkara yang berlaku dalam tempoh yang panjang.
*Cuti Semester
-Dapat lepas rindu pada keluargaku.(yala, dah lama tak balik kg. Orang putih kata "Homesick")
-Pulang ke rumah Nenek kesayangku di Kulim pada masa tu da kenduri tok sedara(Tok Dak) juga, 2 orang anaknya kahwin(So Sweet).
-Dapat ikut tok sedara(Tok Jang) merisik anak dara di perak untuk anaknya(dapat ilmu baru, firstime ikut orang merisik katakan)..

*Result dah keluar
-Alhmdulillah, Aku dah grad dah dari CFS IIUM, yahoo.. jumpa aku di Gombak bulan 9 ini, InsyAllah..

*Program Kemboja
-Ramai kawan-kawan yang dah abis di CFS sedang bercuti(7 bulan, wah banyaknya bulan, he2:D), namun kami, komiti Program Amal Kemboja wajib hadir ke CFS ini untuk menjana wang yang belum cukup-cukup lagi(yela, RM60, 000 targetnya, pada kawan-kawan yang nk buat sumbangan kewangan kepada Program Amal ini boleh hubungi aku ya)
- Jualan Amal di area selangor, bnyak barang2 yang kami jual pakaian, kasut, baldi dan sbgnya.
- Kem Motivasi di Sek Agama Al-falah, Asis dan Kisas...
-Serang Masjid di seluruh selangor..
-bnyak lagi..

*Genaplah 20 tahun Umur-ku pada Hari ini(Klimaks, he2x)
- Wah, aku dah tua.. dulu umur aku bermula dengan digit 1, sekarang dan mula dengan digit 2 dah.
- Ya Allah, permudahkan segala urusanku dan Kau kuatkanlah diriku ini untuk menempuh segala ujian dan cabaran yang akan Kau berikan setelah aku meningkat dewasa ini. Ya Allah, jauhlah aku dari musibah, malapetaka dan sbgnya di dunia ini. Bawalah aku menuju keredhaanMu Ya Allah.
- Terima kasih kepada kawan-kawan yang selalu memberi semangat kepada ku. Moga kalian tidak mudah putus asa memberi nasihat kepadaku.
- Wahai kawan-kawan, sekiranya kalian melihat aku ada membuat kesilapan dan kemungkaran yang dapat mengundang kemurkaan Allah swt, aku mohon kalian.. Tegurlah daku ini, Mohon sangat2x..

Syukran Jazilan..

05 Mac 2011

Bercinta Dengan Rasulullah SAW

Pepatah Melayu ada menyebut - "Tak kenal maka tak Cinta". Ungkapan ini, antara lain membawa maksud, jika kita tidak kenal dengan seseorang bagaimana mungkin kita dapat menzahirkan perasaan cinta terhadapnya. Tidak pernah wujud orang yang bercinta dengan seseorang yang tidak pernah diketahui atau dikenalinya terlebih dahulu.

Tidak hairanlah dalam Islam, perkara pertama yang perlu dititikberatkan sebagai Muslim ialah mengenal Allah atau dalam Bahasa Arabnya berbunyi -Awwaluddin Ma'rifatullah. Sebab itulah, jika dilihat kepada ayat-ayat al-Quran yang terawal diturunkan atau yang juga dipanggil Ayat Makkiyyah (yang diturunkan di Makkah), kebanyakannya menceritakan tentang kebesaran Allah atau aspek-aspek berkaitan akidah yakni keesaan Allah.

Ini kerana pada ketika itu, masyarakat jahiliyyah masih menyembah berhala dan mengamalkan pelbagai amalan khurafat yang lain. Ayat-ayat yang kebanyakannya dimulakan dengan ungkapan 'Ya Ayyhuhannas' ini bertujuan untuk membersihkan jiwa manusia daripada unsur syirik dan khurafat tersebut.

Hanya setelah unsur-unsur jahiliyyah dan syirik tersebut dinyahkan, barulah prinsip-prinsip serta syariat Islam yang lain dapat diterapkan ke dalam diri seorang Muslim.

Jika dilihat pada ayat-ayat Makkiyyah tersebut, tidak dinyatakan tentang persoalan Ibadat seperti Solat, Zakat, Haji dan sebagainya. Ini kerana, persoalan Ibadat yang merupakan manifestasi cinta seseorang hamba kepada Tuhannya hanya akan datang apabila seseorang itu telah mengenal tuhannya atau dalam kata lain - telah jelas dari sudut akidahnya.

Kenal Allah, Baru Ibadat

Jika teori ini diambil kira, maka pendekatan dalam berdakwah kepada Non-Muslim kita pada hari ini tidak sepatutnya didahulukan dengan perkara Ibadat. Bagaimana mungkin kita ingin menyuruh Non-Muslim melakukan ibadah jika mereka belum mengenal Allah. Apabila mereka sudah kenal Allah, barulah beransur-ansur akan datang perasaan ingin menunjukkan rasa kasih dan cinta kepadaNya iaitu melalui amal ibadah yang telah disyariatkan.

Begitulah juga cinta kita kepada Rasululluah saw.. Bagaimanakah agaknya cara untuk menzahirkan perasaan cinta kepada Baginda? Sudah tentulah persoalan tersebut hanya dapat dirungkaikan dengan kita terlebih dahulu mengenal Rasulullah saw..

Mengenal Rasulullah saw., antara lain bermaksud kita tahu apa yang Baginda suka dan apa yang Baginda benci atau apa yang Baginda suruh dan apa yang Baginda larang. Jika kita enggan membuat perkara yang Baginda suka atau masih membuat perkara yang Baginda larang, maka kita masih belum cukup kenal, jauh sekali untuk bercinta dengan Baginda saw..

Suami Isteri

Sebagaimana kedaannya sepasang suami isteri yang saling mencintai antara satu sama lain. Si suami akan berusaha membuat apa yang disukai dan meninggalkan apa yang dibenci isterinya sebagai tanda dan bukti cinta yang tidak berbelah bahagi kepada isterinya. Namun, jika si isteri melihat si suami sudah tidak lagi membuat perkara yang disukainya atau membuat perkara yang dibencinya, maka ia seolah menunjukkan cinta dan sayang si suami tadi sudah semakin pudar.

Maka, begitulah juga halnya dengan cinta kita kepada Rasulullah saw.. Tidak sempurna cinta kita kepada Baginda jika kita tidak melaksanakan arahan serta mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Memperlekeh & Membenci??

Bagaimanakah kita ingin mengatakan kita cintakan Rasulullah jika kitalah orang pertama yang memperlekehkan dakwah Baginda? Bagaimanakah kita ingin katakan yang kita amat menyintai Baginda jikalau kitalah orang yang paling bencikan sunnah dan ajaran Baginda?

Jika Rasulullah saw. tidak pernah melebihkan kaum Arab ke atas kaum yang lain - kerana setiap anak Adam itu sama sahaja di sisi Allah melainkan yang bertaqwa, kita pula membeza-bezakan darjat sesama manusia hanya kerana bangsa dan warna kulit.

Jika Rasullullah saw. menjadikan dakwah Islamiah sebagai agenda hidup-mati Baginda, kita pula hanya menjadikannya kerja-kerja part-time yang bersifat bermusim malah mengharapkan balasan duniawi di sebalik kerja-kerja tersebut. Jika Baginda sanggup menghukum anakanda baginda Fatimah sekiranya beliau mencuri, kita pula lebih suka menyebelahi anak kita meskipun anak kita melakukan kesilapan.

Malah, jika kita seorang yang berpengaruh, kita akan cuba sedaya upaya menggunakan pengaruh dan kuasa untuk memastikan anak kita yang bersalah itu dilindungi atau tidak dihukum. Jika Rasulullah menyuruh kita menjaga batasan pergaulan dan menutup aurat, kitalah orang yang paling gemar mendedahkan aurat dan bergaul bebas tanpa batasan.

Jika Rasulullah menyuruh kita berlaku adil - iaitu memberikan hak kepada mereka yang berhak, kita pula hanya memberikan hak kepada orang yang kita sayangi, yang kita kenali, yang mempunyai persamaan dengan kita, meskipun kekadang mereka tidak berhak! Jika Rasulullah mewasiatkan kita untuk berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup, kita kadangkala tidak ambil pusing akan apa yang terkandung dalam kedua-duanya.

Jika Rasulullah menyuruh kita bercakap benar, kitalah orang yang paling suka membuat spekulasi palsu untuk kepentingan diri. Jika Rasululllah menganjurkan agar kita takutkan kemurkaan Allah lebih dari segala-galanya di atas muka bumi ini, kita pula lebih takutkan sesama manusia, lebih-lebih lagi jika ia berkait dengan periuk nasi kita.

Jika Rasulullah menyuruh kita mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri kita, kita pula hanya mementingkan diri sendiri. Jika Rasulullah menyuruh kita menunaikan amanah yang telah dimanahkan - lebih-lebih lagi jika ia berkait dengan kepentingan umum, kitalah orang yang paling gemar mengkhianati amanah tersebut.

Berarak Sahaja Tidak Cukup

Nah, jika kita masih melakukan apa yang Rasulullah saw. tidak suka, bagaimana mungkin kita katakan kita sudah cukup kasih akan Baginda. Sesungguhnya, kasihkan Baginda tidak memadai dengan hanya berarak dan berselawat memuji Baginda, tetapi juga menginsafi falsafah diutuskan Baginda kepada kita semua, iaitu tidak lain dan tidak bukan sebagai rahmat sekalian alam.

Moga-moga belum terlewat untuk kita kembali 'menghargai' rahmat yang didatangkan kepada kita melalui pengutusan baginda Rasulullah saw.. Mudah-mudahan dengan cinta dan kasih kita yang tidak berbelah bahagi ini, kita akan beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak seterusnya sama-sama menghuni syurga Allah bersama-sama Baginda, para anbiya', solihin dan pejuang-pejuang agama suci ini.

Salam Maulidurrasul - 12 Rabi'ul Awwal 1432 Hijriyyah.

- Artikel iluvislam.com

24 Februari 2011

:: Ada Apa Dengan Cambodia ??? ::

Assalamualaikum...

Dah lama aku tidak mengemaskini entry di Rumah Maya aku ini. Aku sering mencari masa, namun niat aku masih tidak tercapai sehinggalah hari ini. Niat dihatiku, aku akan upgrade entry ini bila aku dah habis exam (18/2: 2 papers 23/2: 1 paper)... Alhmdulillah, aku sudah buat yang terbaik untuk exam terakhir aku di CFS UIA ini..

Aku mula meniti hari di CFS UIA ini.. InsyAllah, inilah sem terakhir aku di sini. Rasa sedih pun ada jugak untuk meninggalkan CFS UIA ini kerana banyak kenangan aku terlahir di sini. MRC, SILAT GAYONG, PEERS & PERKIM... engkaulah medan kenangan manis aku.. pelbagai duka turut aku lalui di CFS ini, namun aku anggap ia sebagai ujian yang akan mendidik dan dapat memberi pengalaman kepadaku.

Aku sering nyatakan kepada sahabat-sahabat aku" jomlah join society".. seronok sangat bila dapat sertai dan dapat meluangkan masa untuk perkara yang berfaedah. Betullah, kita datang ke CFS ini untuk belajar. kejar 4 flat.. tapi tidak salah jikalau join society juga. Orang kata menyelam sambil minum air.

Disebabkan aku ini suka sangat dengan program-program ini. Maka, sehingga kini aku masih ada lagi satu program yg terbesar(bagi aku la) under UIA.. 25 pelajar + 5 staff terpilih untuk melakukan aktiviti kebajikan untuk rakyat Kemboja di Madrasah Darul Ulum pada 14 Jun - 20 Jun 2011.. aku tersenyum bila terkenang kejadian ini... Suatu petang di 107..

A: Pamplet dah siap??
A: Belum siap lagi la.. Mdm tak approved lagi.
H: Wey.. ape la korang ini. Orang tengah fikir macamna nak balik akhir sem, korang masih fikir pamplet lagi. Kesian2x..

Betol juga kata sahabat aku ini. Kenapa kami masih memikirkan hal-hal ini ya??
Kekadang itu, terasa berat sangat dengan program ni.. macam tak berdaya untuk melakukan progam ini. "Bolehkah aku melakukannya??" menjadi persoalan di benak hati ku.

Namun, aku seharusnya sedar. Pelbagai manfaat yang aku perolehi dari program ini. Dan tempoh 7 bulan bercuti bukan tempoh yang pendek. Inilah masa untuk menjadikan cuti aku berfaedah, InsyAllah.
Firman Allah:
أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.(QS. 3:136)

Dan Taniah kepada rakan seperjuagan MRC. Kuatkan semangat dan ikhlaskan niat dalam beramal. Mari kita sama-sama merebut ganjaran Allah SWT ini.. 74K jumlah yang mudah kita dapatkan jikalau kita amalkan formula ini..

Berjaya = Ikhlas + Berusaha + Berdoa + Bertawakal + Berjemaah

KEMBOJA tunggu kami!!! InsyAllah.. Kami akan sampai ke sana... Doakan kami....

Dan kepada sahabat yang aakn bercuti. Selamat Bercuti. Manfaatkan cuti dengan aktiviti yang berfaedah.

Firman Allah SWT (QS 103):
1. Demi masa - atau zaman atau waktu yang dimulai dari tergelincirnya matahari hingga terbenamnya; maksudnya adalah waktu salat Asar.

2. Sesungguhnya manusia itu - yang dimaksud adalah jenis manusia - benar-benar berada dalam kerugian - di dalam perniagaannya.

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh - mereka tidak termasuk orang-orang yang merugi di dalam perniagaannya - dan nasihat-menasihati - artinya sebagian di antara mereka menasihati sebagian yang lainnya - supaya menaati kebenaran - yaitu iman - dan nasihat-menasihati dengan kesabaran - yaitu di dalam menjalankan amal ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.

Jadi fikir-fikirlah... kitalah yang akan menentukannya..

07 Februari 2011

10 SOALAN SEBELUM BERTUNANG..


Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

sumber: http://iluvislam.com

24 Januari 2011

: :Ligat Belari: :

Alhamdulillah... lama sungguh aku meninggalkan blog aku ini.. mungkin dia sudah merajuk dengan aku.. bukan aku tidak ada entry baru, malah intry aku banyak aja (ayat backup blik, He2x)..

entry aku pada malam ni hanya untuk menjelaskan serba sedikit mengenai program2x yang aku lalui pada setiap minggu dari awal januari..

7-9 Jan 2011 : Hadiri Kem Kebangkitan diri. Banyak sangat input2 yang menarik yang aku dapat. membincangkan soal keagamaan, kepimpinan, sahsiah dan banyak lagi.. fuh.. kem ini sangat bermanfaat.

14-15 Jan 2011 : Hadiri Karnival Generasi Muda di Puchong. Memang program ini memberi semangat baru kepada adik-adik di kawasan tersebut. Malah komiti jugak terasa bahangnya. Pelbagai aktiviti yang menarik seperti futsal, sukaneka, tali tali, gubahan kepada para ibu dan bnyak lagi. Sebenarnya.. Program ini hanya 15 Jan saja, tapi disebabkan kami komiti, maka wajiblah diatas kami untuk menghadiri tempat tersebut lebih awal untuk membuat persediaan.

16 Jan 2011 : Hadiri satu majlis ilmu yang disampaikan oleh Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.

Bersambung..

03 Januari 2011

: : Tajdidkan Niat : :

Alhamdulillah.. cuti pertengahan sem 5 dah pon berlalu. Pelbagai aktiviti yang menarik yang beraku pada masa cuti yang seberapa tu. Pelajar lain cuti dalam 7,8 hari, aku pula diberi cuti 5 hari ja. yela, apa taknya.. WAJIB hadiri kursus.. xp klu ikutkan balik.. p kursus tu pon mcm dah bercuti, tak mcm p kursus pon. mcm p holiday ja.. smua member MRC senyum sukmo..



Time cuti plak..

Aq tak sangka boleh berjmpa kembali kawan sek men.. kami brkumpl di Tg. Dawai.. mlm tahun bru plak tu, mmg bes.. dan yang paling best ialah.. kmi dibelanja mkn bsar oleh Syafiela.. Trma ksih banyak2, sbb dapt mkn free.. he2x.. tq jgak kpda smua kengkwan yg hadir walaupun msa jmputan mmg last mnit.. byangkan 7.45 mlm jmput, 9.30 mlm brkumpul.. fuh!! tdak kusangka.. ha2x.. dan taniah jgak kepada 2 psang pengantin baru yg melibtkn kwan sperjuangan aq.. Azerin dan Yusfadillah.. nk bt mcmna.. JODOH dh sampai.. moga kekal bhagia ke syurga..


Alhmdulillah..
Setelah jauh aq merantau dari utara ke ibu kota n, sampai jga aq di CFS ini, tepat pkul 7.30 pgi.. firstme aq blik sni pda hari isnin, mna taknya.. tiket bas dah abes walpun aq dh p beli 4 hari seblum aq nk blik sni.. xpa la.. da hikmah tu.. trma kasih P.cik Bas SANY EXPRESS.. he2x..


InsyAllah..
Dengan baki yg sedikit ini.. marilah kta tajdidkn niat dan azam kita.. wahai rakyat skalian trutma rakyat cfs.. dh msuk fasa kedua dh ni.. bla nk skor ni?? Chaiyok kengkwan.. pecutan terakhir..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

T.TaNgAn