28 November 2010

:: NaIk PaNgKaT::

26/11/2010 dn 27/11/2010...
Setelah bnyak aq menyibukkan diri dngan program MRC... maka beralih la mood aq pda Seni Silat Gayung plak. aq kna beri masa jgak pada society kesayangan aq n. biarlah sbuk mna pon, InsyAllah.. aq akn cuba cri msa untuk bersamanya.. (",).. (romantik la plak).. tp..... pada hari tersebut, aq da hari yang lain pda yang len..bunyinya pelikkan(sambil tangn mengaru kepla). tak plik la. hari itu ialah hari kenaikan bengkung silatku.

aq mohon maaf kepada smua kawan segayung, kerana tdak dapat turun latihan bersama2x. setiap kali malam latihan sja, ada la progrm lain. bkan aq nk pinggirkan korng cma aq kna utmakan yg lbih penting. tp tak mengapa... aq dpt jgak turun pda mlm pelimau seni, knaikan bengkung dan bbq korng... bes sngt..

Malam pelimau seni.. Ya Allah!!!... Allah s.w.t shaja yg thu prsaan aq pda mlm 2 betapa nervousnya aq. Ditambah pula, Allah s.w.t telah mengurniakan aq ayah angkat baru. aq tdak menyangka aq akan dpat ayah angkat. Bersyukur sngt2x sbbnya aq dapat ayah angkat yang begitu baik hati dan sering memberi nasihat kepada anak2 murid gayungnya.. Terima kasih Ayah..(cikgu Selamat....)... Alhmdulillah.. pda mlm 2 selesai sudah majlis pelimau seni..

Keesokannya.. Jangtungku mula berdegup laju(110 km/h jgak la).. Hari kenaikan bengkung, sudah hampir sthun lbih aq mmakai bngkung ini( Be a Secret,(",)).. majlis tersebut bermula pda pukul 9 pagi yg diketuai oleh Cikgu Khairul Nizam.. pda kategori individu aq, aduh lawak la plak bla ingt smla. sbbnya, aq lupa teknik-teknik yg basic.. Malu giler.. teknik 2 sptutnya aq dh khatam dh.. tp aq kna thu.. mngkin Allah s.w.t ingin mengingtkn aq bhawa mnusia n mudah lupa. jgn angkuh pda-NYA.. ketegori yg lain, alhmdulillah, aq bleh bt yg terbek termasuk la kategori lompatan dan sparing bebas.. ops!! kt sni, aq nk mohon maaf kpada rakan segayung, Nik Azuan, Faiz n Ayie krana aq bkan nk blas dendam kt korng.. bkan aq nk tunjuk lagak.. aq bt mcm 2 sbb aq nk cover blik point yg aq lost pada kategori yg awl 2( yg lupa teknik tu.. he2x.. arap korng fham ya.. ) k, smbung blik pda tjuk asal... Syukur la pda Allah s.w.t krana AKU DAPAT NAIK PANGKAT.. dri Lans Koperal ke Koperal, dri Koperal ke Sarjan dn lain2x tu korng smbung sendiri.. he2x.. n Taniah kpda smua rakan segayung.. naik pangkat jgak.. walaupun terdapt jgak rkan segayung yg cedera semasa majlis kenaikan pangkat tersebut, mereka tetap senyum gembira krna usaha berjaya mendapatkan bengkung yg mereka idamkn.

Malamnya.. slpas penat lelah mengeluarkan keringt untuk NAIK PANGKAT tu.. rakan segayung mengdakan stu lagi majlis.. Iaitu majlis makan2x.. BBQ.. sbagai tanda taniah kpda smua rakan segayung.. FUH!!! sdap.. alhmdulillah pada Allah s.w.t.. Allah s.w.t telah melancrkan perjalann progrm kami dri awl sampai akhir..

::Teruskan Dakwah dan Tarbiah::

Malam pertama 23/11/2010 iaitu pada hari selasa, kami telah menyediakan majlis pembukaan kempen dan bicara siswa yang bertajuk sekolah harapan. Walaupun pada malam itu pelajar CFS kurang memberi sambutan, semangat para komiti tidak sedikit pun terganggu. Malah lebih bersemangat. Kerana kami bekerja bukan kerana pelajar CFS. kami bekerja kerana Tuhan Sekalian Alam. Biarlah seorang pon datang, kmi tetap terus memulakan majlis tersebut. Ya Allah, Terimalah Amalan kami... Kami ingin merungkaikan pelbagai soalan yang mencemuh di pemikiran masyarakat. Mengapa sekolah itu ditubuhkan?? Adakah pusat bimbingan wanita yang lain tidak memcukupi? macam2- lagi persoalan. Bicara siswa ini kami menjemput khas 2 orng panel yg cukup MANTOP iaitu Assoc Prof Datin Sapora Sipon lecturer USIM dan Bro Muhammad Zaki Sukery presiden Ma'aruf Club UIAM. Konklusi yang aq dapat simpulkan, semuanya bergantung pada iman dan takwa individu tersebut. Sekiranya individu itu beriman pada Allah s.w.t. Pasti dan pasti dianya akan takut dan patuh pada Allah s.w.t. Namun, semua pihak menuding jari kepada pihak yang lain. DIA SALAH!!! KO YANG SALAH!!! KAWAN2x YANG SALAH!!! SUDAH la.. hentikanlah menunding jari.

Malam kedua 24/11/2010 hari Rabu, malam itu diteruskan dengan majlis ilmu yang disampaikan oleh Bro fadzli Yusof(penulis Majalah Solusi), Jadi remaja: Seronok ke?? tajuk yang diberikan pada Abg Fadzli. Aq mmg tabek spring la pda Abg Fadzli kerana pandai mengupas tajuk tersebut. Abg Fadzli memberi beberapa ciri remaja kepada audiences begitu baik sekali sehinggakan semua pelajar diminta melompat2, menyanyi lagu Maher Zain dan megelamun di dalam dewan AMF itu. Mmg tidak boring dan tidak kering gusi dibuatnya. InsyAllah pihak komiti penyelaras program tidak salah memilih Abg Fadzli memberi motivasi tersebut. Tuntasnya (perkatan bombastik sket,",), JADI REMAJA MEMANG SERONOK!!!.

Malam terakhir 25/11/2010, tajuk malam ini memang lain yang lain. Tajuknya Kahwin Awal, panel yg dijmput ialah Ust Che Majid(lecturer UIA Nilai), Bro Huzaifah, dan sorng sis.. K.Afiqah(Main BOard) memberi arahan kpda ketua prep n tech....

K.afiqah : Prep n tech... Boleh krangkan kerusi tak? akak tak nak la jdi mcam malam pertama tu.. kerusi lebih bnyak sangat..
K.Prep n Tech : Bek Bosh!!! sya akan kurangkan sampai kt line 2.. (smbil menunding jari distu tiang).. (jangkaan dlm 500 org pelajar yg akan dtng..)

Namun, pada malam itu... kehadiaran pelajar tdak dijangka. hmpir 900 pelajar membanjiri dwan AMF. shinggakn smua komiti yg diarah untuk membuka wing kiri dan kanan supaya dpat memuatkan pelajar untuk masuk. SUBHANALLAH.. Moga2x smua pelajar yang hadir pada malm tersebut mendapt jwapan yng dicari-cari.

Walaupun kempen kesedaran remaja yang dianjurkan oleh Mahallah Representative Committee(MRC) dah pon closing. Namun, kita harus menguatkan dakwah dan tarbiah Islamiah dalam kehidupan kita. Wa'allahua'lam...



22 November 2010

MASUK NERAKA JIKA LIAT BAYAR SEMULA HUTANG

HUTANG adalah amalan yang agak sukar dihindari oleh sesetengah orang. Hal ini kerana mereka beranggapan hanya dengan berhutang segala keperluan hidup akan tercapai. Sesetengahnya pula berhutang demi menjaga kedudukan dan nama. Islam tidak melarang umatnya berhutang. Bagaimanapun, Islam tidak menggalakkannya, lebih-lebih lagi apabila hutang itu menjadi satu bebanan ketika hendak dilunaskan. Jika terpaksa berhutang hendaklah dia berazam dan berniat untuk membayar hutangnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan menunaikan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar), maka Allah akan membinasakannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi sering berdoa ketika sembahyangnya dengan berkata yang bermaksud: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksa kubur dan aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah dajal. Aku juga memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah ketika hidup dan selepas mati. Ya Allah. Aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada segala dosa dan hutang. Aisyah berkata lagi: Seseorang berkata kepada Rasulullah: Alangkah banyaknya kamu memohon perlindungan dari beban hutang wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya seseorang yang sudah terkena beban hutang, apabila dia berkata-kata dia akan berdusta dan apabila berjanji dia akan mengingkari.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Muhammad bin Jahsy bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya : “Demi Tuhan yang diriku di tangan-Nya, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan Allah, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang, ia tetap tidak akan dapat masuk syurga, selagi hutangnya belum dibayar.” (Hadis riwayat al-Nasa'ie)

Sebenarnya tanggungjawab mem-bayar hutang terpikul di bahu orang yang berhutang. Kewajipan membayar hutang tidak akan terlepas sekalipun seseorang yang berhutang itu meninggal dunia.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, katanya, “Pernah ada jenazah seorang lelaki yang mempunyai hutang dihadapkan kepada Rasulullah, maka baginda bertanya: Apakah dia ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya? Sekiranya baginda diberitahu bahawa orang itu ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya, maka baginda akan mendirikan sembahyang ke atas jenazahnya. Sekiranya dia tidak meninggalkan sesuatu baginda bersabda: Sembahyangkanlah ke atas temanmu itu. Selepas Allah memberikan kemudahan kepada baginda dalam menakluk negeri, baginda bersabda. Aku lebih berhak terhadap orang mukmin daripada pada diri mereka sendiri. Oleh itu, sesiapa yang mati meninggalkan hutang, maka akulah yang akan membayarnya dan sesiapa yang mati meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Oleh sebab itu, awal-awal lagi Islam meletakkan beberapa syarat terhadap hutang-piutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya.

Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (jumlah hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana yang diajarkan oleh Allah. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu ***** atau lemah atau dia sendiri tidak mampu merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil dan benar; dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki di kalangan kamu. Kemudian jika tiada dua orang saksi lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang perempuan daripada orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa daripada saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Saksi itu janganlah pula enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada yang kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya.” (Surah al-Baqarah ayat 282)

Adapun orang yang berhutang tetapi enggan membayar hutangnya, sedangkan mereka mampu untuk membayarnya adalah mereka termasuk dalam golongan yang memakan harta milik orang lain secara batil.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang Muslim yang mati dan meninggalkan hutang akan dikenakan hukum qisas pada hari kiamat kelak, kecuali pada tiga perkara iaitu pertama, orang tidak mempunyai kekuatan kerana hendak memperjuangkan agama Allah kemudian dia berhutang untuk menghimpunkan kekuatan bagi menghadapi musuh Allah dan musuhnya sendiri. Kedua, orang yang mengunjungi jenazah seorang Muslim dan dia mendapati mereka tidak mempunyai wang untuk menguruskan jenazah itu kecuali dengan berhutang dan ketiga, lelaki yang sudah lama membujang yang ditakuti dirinya tidak terpelihara daripada perbuatan maksiat, maka dia berhutang untuk berkahwin demi memelihara agama.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Menurut hadis di atas, Allah akan membayar (menunaikan) hutang mereka pada hari kiamat kelak.

Hutang perlu dijelaskan segera. Sesiapa yang tidak menghiraukan hutangnya sehingga menyebabkan ia tertangguh terlalu lama dengan memberikan pelbagai alasan akan menyebabkan kesusahan kepada pemberi hutang.

Hal ini juga merenggangkan hubungan kedua-dua belah pihak. Melengah-lengahkan membayar hutang, sedangkan kemampuan untuk membayar hutang itu ada, adalah satu kezaliman.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: “Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda: Penangguhan membayar hutang oleh orang kaya adalah perbuatan zalim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, hindarilah perbuatan suka berhutang kerana ia bukan saja merosakkan kebahagiaan dan keharmonian hidup, malah membawa keburukan kepada diri sendiri.

## credit to nuriz ## edited by @mel84##

12 November 2010

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

T.TaNgAn