17 Disember 2010

: : Manisnya Bila Bertalaqi : :

Alhamdulilah....

Selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhamad saw, insan yang sebaik-baiknya dimuka bumi ini yang telah diilhamkan oleh Allah swt untuk dijadikan panduan kepada umat manusia khususnya umat Nabi Muhamad saw.

Sedap... Manis... Asyik... tidak dapat aku ungkapan lagi semasa di dalam majlis tersebut. Mungkin majlis sebegini mempunyai keberkatan oleh Allah swt. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt memilih aku untuk mengikuti Majlis Talaqi yang penuh barakah ini. Banyak dalam Nas Al-quran dan hadith yang menyatakan janji-janji Allah swt berupa ganjaran yang sangat banyak kepada pengikutnya.

Rasulullah saw bersabda mengenai majlis-majlis zikir dengan maksudnya;
“Sesungguhnya bagi Allah beberapa malaikat, mereka bertebaran dijalanraya mencari orang yang berzikir mengingati Allah. Apabila mereka bertemu sesuatu kaum yang berzikir, kepada Allah mereka menyeru : Marilah memenuhi hajat kamu. Para Malaikat pun mengelilingi majlis itu dengan sayap mereka hingga kepada langit dunia. Kemudian Allah menanya malaikat pada hal Allah maha mengetahui ,

dan...
Alhamdulillah.. syukur kepada Allah swt tidak terhingga kerana Allah swt telah memberi aku peneman bagi mengikuti majlis ini. Wahai teman, moga-moga kita sama-sama istiqamah ber-TALAQI...

Waa'hulam..

15 Disember 2010

: : Hidup Berjemaah : :

Bertanya pada Hati, mengapa hidup ini semakin hari semakin jauh dari Maha Pencipta ?

Hati : Semua ini adalah salah Manusia. Manusia tidak menghiraukan arahan kami.

Si fulan : Bagaimana engkau kata begitu? sesungguhnya engkau ialah Raja Badan Manusia. engkau yang mengawal diri Manusia.

Hati : Ya, benar. Tetapi Manusia yang membuatkan kami jadi begini. Engkau kering-kontangkan dan menghitamkan kami dengan maksiat. Kami tidak berdaya lagi. Nafsu Manusia telah menguasai kebolehan kami dengan mengurus ke arah kemaksiatan.

Si fulan: Astagfirullahalazim!!! maafkan aku Hati. aku telah menyakitimu dengan seksanya. Boleh aku tahu, Bagaimana untuk aku kembalikan kebolehanmu itu?

Hati : Baguslah engkau telah sedar. Kalau engkau hendak jawapan itu, engkau bertanyalah kepada Iman kerana dia lebih arif..

Si fulan : Iman.. bagaimana cara untuk mengembalikan kebolehan Hati? Sesungguhnya, kebolehan Hati telah dikuasai oleh Nafsu manusia.

Iman : Oh!!! Si fulan rupanya.. mengapa sekarang baru engkau bertanyakan soalan yang sangat-sangat penting ini? Sepatutnya engkau bertanyakan soalan ini sebelum Hati dikalahkan oleh Nafsu. Namun, Alhamdulillah juga kerana engkau sudah sedar untuk mencari penawar bagi masalah ini. Pertama sekali, engkau wajib hidup berjemaah.

Si fulan : Iman.. mengapa kita wajib hidup berjemaah?

Iman : Ya, kita wajib hidup berjemaah. kerana disitu akan lahirnya Suasana. Melalui Suasana lahirlah kekuatan dan semangat. Malah Rasulullah SAW memerintahkan umatnya agar hidup berjamaah. Sabdanya, Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpun umatku (atau umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam) atas kesesatan. Dan tangan Allah atas al-Jamaah dan sesiapa yang mengasingkan diri, maka dia mengasing ke neraka. Hadis daripada ‘Abdulullah ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan di dalam isnadnya terdapat kelemahan. Namun bahagian awal hadis ini memiliki beberapa penguat dari sudut sanad dan matan sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, demikian penilaian Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi – no: 2167 (Kitab al-Fitan, Bab Keperluan kepada al-Jamaah). Bahagian akhir hadis: dan sesiapa yang mengasingkan diri, maka dia mengasing ke neraka tidak memiliki penguat dari sudut sanad tetapi memiliki kebenaran dari sudut matan sebagaimana disokongi oleh beberapa hadis dalam bab ini yang telah dikemukakan di atas. Oleh itu al-Suyuti menilai keseluruhan hadis ini sebagai hasan, lihat al-Jamii’ al-Sagheir – no: 1818.


bersambung.....




10 Disember 2010

: : SyUkUr TiDaK TeRhInGgA ...: :

Salam Awal Muharam.. aku rsa, x terlambat lagi untuk aku ucapakan SeLaMaT MeNyAmBuT HarI AwAl MuHaRaM(buget tulisan abis kreatif ar tu..:",).. aku rasa pasti hampa semua termasuklah aku akan renew AZAM baru..dan alhamdulillah kepada sesiapa yang telah menunaikan AZAM mereka..bgi sesiapa yang belum lagi tunaikan AZAM mereka pada tahun lepas, bawalah AZAM tersebut kepada tahun ini.(orang kata Qada', ya ka??)..

Pada 1 Muharam 1432, orang sibuk-sibuk mengemas mindset untuk tahun baru..(ya ka?? xpa, AZAM baru katakan.. mesti nak mula hidup baru kan).. aku pula sibuk dengan program RTK, (RTK?? benda pa la pulak..) RTK tu, Rumah Titian Kasih la.. ataupun dikenali sebagai tempat perlindungan anak-anak yang daif, ada anak dari family x mampu, ada anak dari parent ditakdirkan masuk penjara dan sebagainya.. Kami bertolak dari UIA dalam pukul 8.40 pagi dan mengambil masa perjalanan dalam 40 minit. Aku rasa ziarah aku ini adalah kali pertama dalam hidup 19 tahunku ini..

Sampai2 aja di situ, mata aq liar mencari mana anak2x kecil tersebut. Ada yang datang dengan keadaan yang x bermaya, apa taknya, baru bangun tidur. Pada mulanya, aku agak kekok untuk mendekati mereka, mungkin aku ni menggangap mereka tak sama dengan kanak2 yang lain kowt, rupa2nya.. alah bisa tegal biasa( cewah, gramatis seket..) pendekatan yang aku bawa sama macam aku dengan adik aku aja.. haha.. bila bersembang dengan mereka. teringat aja aku pada adik aku.. (kesitu pulak dah)..


Macam2 kerenah anak2x kecil, kadang sakit kepala jugak la.. ada yang nak abg komiti dukung la, ada yang suka duduk atas riba kita aja, dan macam2 lagi. aku rasa mereka semua kurang kasih sayang yang dari family mereka, jadi dapat lepaskan kasih sayang kepada abg n kakak komiti pon jadi la. Akhirnya, selepas bermacam melayan kerenah adik2 yang comel2 2, kami pon telah sampai dipenghujung program, perasaan sedih mula menghamparkan keadaan pada ketika itu. Adoh!!, aku pon turut terasa.. namun, aku telan biar ia menjadi kenangan manis buat ku..

Erm, inilah aktiviti aku pada 1 Muharam, aku pulang dengan rasa syukur sangat2x pada Allah swt, kerana aku tak senasib macam kanak2x tu, aku ada Ayah dan Emak yang baik dan bertanggungjawab denganku. I LOVE U so much!!!.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

T.TaNgAn