17 Disember 2010

: : Manisnya Bila Bertalaqi : :

Alhamdulilah....

Selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhamad saw, insan yang sebaik-baiknya dimuka bumi ini yang telah diilhamkan oleh Allah swt untuk dijadikan panduan kepada umat manusia khususnya umat Nabi Muhamad saw.

Sedap... Manis... Asyik... tidak dapat aku ungkapan lagi semasa di dalam majlis tersebut. Mungkin majlis sebegini mempunyai keberkatan oleh Allah swt. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt memilih aku untuk mengikuti Majlis Talaqi yang penuh barakah ini. Banyak dalam Nas Al-quran dan hadith yang menyatakan janji-janji Allah swt berupa ganjaran yang sangat banyak kepada pengikutnya.

Rasulullah saw bersabda mengenai majlis-majlis zikir dengan maksudnya;
“Sesungguhnya bagi Allah beberapa malaikat, mereka bertebaran dijalanraya mencari orang yang berzikir mengingati Allah. Apabila mereka bertemu sesuatu kaum yang berzikir, kepada Allah mereka menyeru : Marilah memenuhi hajat kamu. Para Malaikat pun mengelilingi majlis itu dengan sayap mereka hingga kepada langit dunia. Kemudian Allah menanya malaikat pada hal Allah maha mengetahui ,

dan...
Alhamdulillah.. syukur kepada Allah swt tidak terhingga kerana Allah swt telah memberi aku peneman bagi mengikuti majlis ini. Wahai teman, moga-moga kita sama-sama istiqamah ber-TALAQI...

Waa'hulam..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

T.TaNgAn