24 Februari 2011

:: Ada Apa Dengan Cambodia ??? ::

Assalamualaikum...

Dah lama aku tidak mengemaskini entry di Rumah Maya aku ini. Aku sering mencari masa, namun niat aku masih tidak tercapai sehinggalah hari ini. Niat dihatiku, aku akan upgrade entry ini bila aku dah habis exam (18/2: 2 papers 23/2: 1 paper)... Alhmdulillah, aku sudah buat yang terbaik untuk exam terakhir aku di CFS UIA ini..

Aku mula meniti hari di CFS UIA ini.. InsyAllah, inilah sem terakhir aku di sini. Rasa sedih pun ada jugak untuk meninggalkan CFS UIA ini kerana banyak kenangan aku terlahir di sini. MRC, SILAT GAYONG, PEERS & PERKIM... engkaulah medan kenangan manis aku.. pelbagai duka turut aku lalui di CFS ini, namun aku anggap ia sebagai ujian yang akan mendidik dan dapat memberi pengalaman kepadaku.

Aku sering nyatakan kepada sahabat-sahabat aku" jomlah join society".. seronok sangat bila dapat sertai dan dapat meluangkan masa untuk perkara yang berfaedah. Betullah, kita datang ke CFS ini untuk belajar. kejar 4 flat.. tapi tidak salah jikalau join society juga. Orang kata menyelam sambil minum air.

Disebabkan aku ini suka sangat dengan program-program ini. Maka, sehingga kini aku masih ada lagi satu program yg terbesar(bagi aku la) under UIA.. 25 pelajar + 5 staff terpilih untuk melakukan aktiviti kebajikan untuk rakyat Kemboja di Madrasah Darul Ulum pada 14 Jun - 20 Jun 2011.. aku tersenyum bila terkenang kejadian ini... Suatu petang di 107..

A: Pamplet dah siap??
A: Belum siap lagi la.. Mdm tak approved lagi.
H: Wey.. ape la korang ini. Orang tengah fikir macamna nak balik akhir sem, korang masih fikir pamplet lagi. Kesian2x..

Betol juga kata sahabat aku ini. Kenapa kami masih memikirkan hal-hal ini ya??
Kekadang itu, terasa berat sangat dengan program ni.. macam tak berdaya untuk melakukan progam ini. "Bolehkah aku melakukannya??" menjadi persoalan di benak hati ku.

Namun, aku seharusnya sedar. Pelbagai manfaat yang aku perolehi dari program ini. Dan tempoh 7 bulan bercuti bukan tempoh yang pendek. Inilah masa untuk menjadikan cuti aku berfaedah, InsyAllah.
Firman Allah:
أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.(QS. 3:136)

Dan Taniah kepada rakan seperjuagan MRC. Kuatkan semangat dan ikhlaskan niat dalam beramal. Mari kita sama-sama merebut ganjaran Allah SWT ini.. 74K jumlah yang mudah kita dapatkan jikalau kita amalkan formula ini..

Berjaya = Ikhlas + Berusaha + Berdoa + Bertawakal + Berjemaah

KEMBOJA tunggu kami!!! InsyAllah.. Kami akan sampai ke sana... Doakan kami....

Dan kepada sahabat yang aakn bercuti. Selamat Bercuti. Manfaatkan cuti dengan aktiviti yang berfaedah.

Firman Allah SWT (QS 103):
1. Demi masa - atau zaman atau waktu yang dimulai dari tergelincirnya matahari hingga terbenamnya; maksudnya adalah waktu salat Asar.

2. Sesungguhnya manusia itu - yang dimaksud adalah jenis manusia - benar-benar berada dalam kerugian - di dalam perniagaannya.

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh - mereka tidak termasuk orang-orang yang merugi di dalam perniagaannya - dan nasihat-menasihati - artinya sebagian di antara mereka menasihati sebagian yang lainnya - supaya menaati kebenaran - yaitu iman - dan nasihat-menasihati dengan kesabaran - yaitu di dalam menjalankan amal ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.

Jadi fikir-fikirlah... kitalah yang akan menentukannya..

07 Februari 2011

10 SOALAN SEBELUM BERTUNANG..


Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

sumber: http://iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

T.TaNgAn