28 Julai 2010

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN




إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]

Malah dalam teks sebenar ini sifat membazir itu amat hina se
hingga ALLAH mempersaudarakan orang yang membazir itu dengan syaitan.

Tapi, kenapa antara sifat2 mazmumah yang ada, sifat membazir jugak yang menjadikan seseorang saudara syaitan? Tidak lain dan tidak bukan dalam diri orang yang membazir itu ada perasaan takabbur kerana tidaklah seseorang itu membazir melainkan dia merasakan dirinya punya kelebihan. Dan sesungguhnya sifat takabbur itu juga ada pada syaitan.

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Maksudnya:"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka
sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir."

[Surah al-Baqarah : 34]

Tidaklah ALLAH menghukum iblis itu kerana dia melakukan kesalahan. Nabi Adam a.s juga melakukan kesalahan ketika memakan buah dari pohon terlarang di syurga namun kerana sifat TAKABBUR yang ada pada iblis; merasai dirinya LEBIH dari yang lain, maka ia dihukum. Namun samada sesorang itu takabbur atau tidak, ALLAH jualah yang lebih mengetahui..

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa ta
kabbur"

[Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah s.w.t.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah s.w.t.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu mem
bazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

27 Julai 2010

INDAHNYA PERIBADI RASULULLAH S.A.W.



BAGINDA

Rasulullah s.a.w

akan menampal sendiri pakaiannya yang koyak tanpa perlu menyuruh isterinya,

malah Baginda juga memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk di jual.

Setiap kali Baginda balik ke rumah dan dilihatnya tiada makanan yang siap untuk dimakan, Baginda tersenyum sambil menyinsing lengan baju bagi membantu isterinya di dapur. Sayidatina

Aisyah pernah menceritakan bahawa baginda

selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, Baginda akan cepat-cepat berangkat ke masjid dan segera pulang selepas bersembahyang.

Pernah pada suatu pagi Baginda pulang ke rumah dengar lapar sekali. Tetapi dilihatnya tiada makanan untuk dibuat sarapan. Makanan yang mentah pun belum ada

kerana Sayidatina Aisyah belum lagi ke pasar.

Lalu Baginda bertanya “belum ada sarapan Ya Khumaira?”. Khumaira adalah panggilan manja untuk Sayidatina Aisyah yang bermaksud wahai yang kemerah-merahan. Sayidatina Aisyah menjawab dengan serba salah “belum ada apa-apa Ya Rasulullah”.

Mendengar jawapan Sayidatina Aisyah, Baginda pun berkata “jika begitu aku berpuasa hari ini” tanpa sedikitpun tergambar perasaan kesal di wajah Baginda.

Sebaliknya Baginda sangat marah sekiranya melihat seorang suami mengkasari isterinya. Pernah diceritakan pada suatu hari Baginda melihat seorang suami memukul isterinya. Baginda lalu bertanya

“mengapa

engkau memukul isterimu?”.

Soalan itu di jawab

oleh si suami dengan gementar “isteriku seorang yang keras kepala, walaupun telah di berikan nasihat tetapi dia masih berdegil, jadi aku pukul dia”. Sahut Baginda “Aku tidak bertanya alasanmu tetapi menanyakan kenapa engkau sanggup memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu”.

Pernah Baginda bersabda “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya”.

Sebenarnya sikap Baginda yang prihatin, sabar dan tawadhuk di dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pernah pada suatu ketika, Baginda mengimamkan solat, dilihat oleh para sahabat pergerakan Baginda dari satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Malah mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-seolah bunyi sendi Baginda Rasulullah

sedang bergesel diantara satu sama lain.

Setelah selesai sembahyang, Sayidina Umar yang tidak tahan melihat Baginda lalu bertanya “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan hamba sedang menanggung penderitaan yang amat berat, adakah tuan hamba sedang sakit?”.

Lalu baginda menjawab “tidak Umar, Alhamdulillah aku sihat dan segar”. Umar yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut terus bertanya

“kalau tuan hamba sihat, kenapa setiap kali menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi tuan hamba sedang bergeselan”.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terperanjat. Perut Baginda yang kempis,

kelihatan dililiti sehelai kain yang mengandungi batu-batu kerikil bagi menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menerbitkan bunyi setiap kali Baginda menggerakkan tubuhnya.

Para sahabat yang

tadinya terperanjat terus bertanya “Ya Rasulullah, adakah tuan hamba fikir bila menyatakan lapar dan tiada makanan, maka kami tidak akan membawanya”.

Lalu baginda menjawab dengan lembut “tidak para sahabatku, aku tahu apapun akan kamu korbankan dengan seorang Rasulmu, tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti kerana aku sebagai seorang pemimpin menjadi beban

kepada umatnya”.

Baginda menambah “biarlah kelaparan ini menjadi hadiah Allah buatku agar umatku kelak tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak”.

Sebab itulah Baginda tidak pernah merasa malu walaupun makan di sebelah seorang tua yang miskin, kotor dan dipenuhi dengan kudis.

Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri baginda menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan


dari

Allah langsung tidak dijadikan alasan untuk merasa lebih daripada orang lain di depan orang ramai mahupun ketika bersendirian.

Walaupun pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk Baginda tetapi Baginda masih lagi berdiri di malam-malam sepi untuk terus beribadah kepada Allah. Pernah Baginda terjatuh kerana kaki-kakinya bengkak oleh sebab terlalu lama berdiri. Fizikalnya sudah tidak mampu lagi menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Apabila ditanya oleh Sayidatina Aisyah “Ya Rasulullah, bukankah tuan hamba telah di jamin syurga. Mengapa tuan hamba masih bersusah payah sebegini?”.

Baginda menjawab dengan tenang “Ya Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba. Sesungguhnya aku ingin menjadi seorang hambaNya yang bersyukur”.

Posted by Roshatika.blogspot.com

24 Julai 2010

Mukadimahku...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulilah, pertama-tama syukur kehadrat Ilahi kerana kasihNya memberi peluang kepada Ana untuk memulakan penulisan blog ana. Ana bukan seorang yang alim lagi warak. Ana seorang manusia yang daif sahaja. Sesungguhnya, ana baru sahaja berjinak-jinak menceburi dalam bidang penulisan ini. Tujuan ana menulis blog ini adalah semata-mata untuk memperingati diri, keimanan dan ketakwaan ana kepada Allah S.W.T dan ingin menyubur kasih malah cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ana berharap bahawa nukilan-nukilan ana ini terhindar daripada unsur-unsur fitnah kepada agama yang tercinta, Islam. Sekiranya terdapat cacat, cela atau penulisan ana menguris ati pembaca. Secara hinanya ingin ana menyusun sepuluh jari memohan kemaafan dan ana mohon jasa baik antum sekalian memberi tunjuk ajar kepada ana. Penulisan ana ini mula tercetus sejak persoalan-persoalan sebegini sering menyingah di minda ana. Siapakah kita? Adakah dunia ini tempat pertama dan terakhir untuk manusia seperti kita? Jikalau ada lagi alam lain selepas alam dunia, mengapa kita diwujudkan di dunia ini dan adakah alam seterusnya juga sama seperti alam sekarang ini? Mengapakah? Bagaimanakah? Bilakah? ....dll..... Astagfirullahalazim... Berjuta-juta persoalan menerjah di pemikiran ana. Ana mula berfikir setiap persoalan tersebut dan ana berasa ingin berkongsi dengan antum sekalian akan persoalan-persoalan ana ini. Oleh itu, ana harap perkongsian ini dapat meningkat lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. Amin, InsyAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

T.TaNgAn