15 Disember 2010

: : Hidup Berjemaah : :

Bertanya pada Hati, mengapa hidup ini semakin hari semakin jauh dari Maha Pencipta ?

Hati : Semua ini adalah salah Manusia. Manusia tidak menghiraukan arahan kami.

Si fulan : Bagaimana engkau kata begitu? sesungguhnya engkau ialah Raja Badan Manusia. engkau yang mengawal diri Manusia.

Hati : Ya, benar. Tetapi Manusia yang membuatkan kami jadi begini. Engkau kering-kontangkan dan menghitamkan kami dengan maksiat. Kami tidak berdaya lagi. Nafsu Manusia telah menguasai kebolehan kami dengan mengurus ke arah kemaksiatan.

Si fulan: Astagfirullahalazim!!! maafkan aku Hati. aku telah menyakitimu dengan seksanya. Boleh aku tahu, Bagaimana untuk aku kembalikan kebolehanmu itu?

Hati : Baguslah engkau telah sedar. Kalau engkau hendak jawapan itu, engkau bertanyalah kepada Iman kerana dia lebih arif..

Si fulan : Iman.. bagaimana cara untuk mengembalikan kebolehan Hati? Sesungguhnya, kebolehan Hati telah dikuasai oleh Nafsu manusia.

Iman : Oh!!! Si fulan rupanya.. mengapa sekarang baru engkau bertanyakan soalan yang sangat-sangat penting ini? Sepatutnya engkau bertanyakan soalan ini sebelum Hati dikalahkan oleh Nafsu. Namun, Alhamdulillah juga kerana engkau sudah sedar untuk mencari penawar bagi masalah ini. Pertama sekali, engkau wajib hidup berjemaah.

Si fulan : Iman.. mengapa kita wajib hidup berjemaah?

Iman : Ya, kita wajib hidup berjemaah. kerana disitu akan lahirnya Suasana. Melalui Suasana lahirlah kekuatan dan semangat. Malah Rasulullah SAW memerintahkan umatnya agar hidup berjamaah. Sabdanya, Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpun umatku (atau umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam) atas kesesatan. Dan tangan Allah atas al-Jamaah dan sesiapa yang mengasingkan diri, maka dia mengasing ke neraka. Hadis daripada ‘Abdulullah ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan di dalam isnadnya terdapat kelemahan. Namun bahagian awal hadis ini memiliki beberapa penguat dari sudut sanad dan matan sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, demikian penilaian Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi – no: 2167 (Kitab al-Fitan, Bab Keperluan kepada al-Jamaah). Bahagian akhir hadis: dan sesiapa yang mengasingkan diri, maka dia mengasing ke neraka tidak memiliki penguat dari sudut sanad tetapi memiliki kebenaran dari sudut matan sebagaimana disokongi oleh beberapa hadis dalam bab ini yang telah dikemukakan di atas. Oleh itu al-Suyuti menilai keseluruhan hadis ini sebagai hasan, lihat al-Jamii’ al-Sagheir – no: 1818.


bersambung.....




2 ulasan:

nazrin syafiq berkata...

hadis yg last tu tak cukup lagi satu hal.. hidup jemaah, taat, hijrah, jihad,.. last??

caHayaCInta berkata...

diibaratkan sekumpulan biri2 di satu padang yang luas, andai seekor biri2 terlepas dari kelompoknya, pasti ada serigala yang akan menerkam,lalu bagaimana? beradaalah dalam satu kumpulan.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

T.TaNgAn