24 Ogos 2010

::TaNgIsAn RaMaDhAn::


Alhamdullilah…

Allah swt telah memberikan peluang kepada aku untuk berada di fasa kedua Ramadhan, keampunan..

شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka

Namun, sejauh mana kita telah menunaikan hak Ramadhan.

Sehinggakan ramadhan yang mulia ini menangis mengenangkan muslimin dan muslimat terus lalai dengan keduniaan ini. Baru-baru ini, aku ada mendengar ceramah dari sorang ustaz ini, Ustaz Sya’ari, katanya..

“Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah swt telah membelenggu Syaitan. Manakala nafsu pula telah dikalahkan dengan berpuasa. Namun masih ramai muslimin dan muslimat yang masih melakukan dosa. Ustaz tafsirkan bahawa, manusia sebegini melakukan dosa daripada dirinya sendiri bukan disebabkan oleh syaitan dan hawa nafsunya”.



Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh
orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-


1. Berpuasa tetapi tidak solat

sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;
anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga
ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat

ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya

tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.


2. Tidak menjaga batas-batas agama

aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.


4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan

peluang mendapat pahala berganda-ganda.


5. Semakin cepat marah

sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya

banyak bersabar.


6. Membazir ketika berbuka puasa

Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.


7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah


8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun

Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada
para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang
berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan
yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.


9. Hanya puasa makan dan minum sahaja

Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang

lainnya;

Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan
perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan
dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan

dan kedudukan puasa Ramadhan

sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan

Ramadhan Al-Mubarak;

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika

kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:

43)

Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah,

nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).


11. Menang sorak, tarawih ala kadar

solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam
solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu
sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an,
padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah

(tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara
dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;

Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja;

dan juga

Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.


12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.



13. Tidak mahu bersahur

"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat

Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah RA berkata, sabda

Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur

bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)


Pada bulan puasa inilah merupakan peluang kepada muslimin dan muslimat untuk memperbanyakkan takwa, ibadah dan ehsan. Moga-moga kita sama-sama beramal dan sampaikan kepada muslimin dan musliamat. WaAllahu’Alam..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

T.TaNgAn