31 Julai 2011

: : Aku Kembali Semula : :

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhmdulillah, akhirnya Allah swt telah memberi taufiq dan hidayah untuk mendorong aku kembali dalam pentas penukilan ini. Sudah 2 bulan aku berhenti menulis kerana aku hadapi satu masalah yakni Istiqamah. Ya Allah swt, moga-moga penulisanku ini mencapai redha-Mu dan dengan berkat Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, moga-moga penulisan ku ini dilipatgandakan ganjaran..

Istiqomah!!! Yang dimaksud istiqomah adalah menempuh jalan (agama) yang lurus (benar) dengan tidak berpaling ke kiri maupun ke kanan. Istiqomah ini mencakup pelaksanaan semua bentuk ketaatan (kepada Allah) lahir dan batin, dan meninggalkan semua bentuk larangan-Nya. Inilah pengertian istiqomah yang disebutkan oleh Ibnu Rajab Al Hambali.

Firman Allah Ta’ala:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah” kemudian mereka istiqomah pada pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.” (QS. Fushilat: 30)

Kepentingan istiqamah dalam beribadah mahupun penulisan ialah mampu membentuk akhlak dan sahsiah atau keperibadian kita dalam kehidupan seharian. Jika kita tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu ibadah, kita akan merasakan kekurangan dalam diri kita. Seperti hati tidak tenteram atau terasa kekosongan dalam diri. Perkara ini mudah terjadi terutama sekali apabila kita sudah berjaya istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT sebelum ini dan terputus dari istiqamah pada suatu ketika selepas itu.

Hal ini kerana syaitan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memusnahkan anak Adam sedikit demi sedikit dengan menjauhkan hamba Allah dari istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT.

Oleh sebab itu, dengan apa cara sekalipun. Kita perlu melawan segala kemalasan yang disebabkan oleh godaan syaitan yang ingin menjauhkan kita dari istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Berteguh-hatilah kamu (istiqamahlah) kamu meskipun tidak akan mampu melakukan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa bahagian terbaik dari agamamu adalah sembahyang, dan tiada seseorang yang memelihara wudhu’, kecuali orang yang beriman.” (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Wahai Ar-rijal!!! Bangkitlah…

"Berikanku sepuluh orang pemuda, maka akan ku goncangkan dunia.."
– Presiden Pertama Indonesia,Bung Sukarno.

PEMUDA.. itulah kuasa seorang PEMUDA.. mereka bukan seperti pemuda biasa-biasa, bukan juga lelaki dalam kebanyakan manusia, tetapi merekalah PEMUDA harapan BANGSA, RIJAL impian AGAMA..

"Harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu 'Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!!"
- Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khattab

Jangan mudah ditipu oleh syaitan… yakinlah, ia hanya satu UJIAN
3 hikmah ujian:
1)Mengampun dosa-dosamu yang terdahulu
2)Memberi pahala kepadamu
3)Meningkatkan darjatmu

Wahai pemuda, kamu siapa diri kamu???

"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.." - Surah Al-Kahfi [18:13]
Kamu itu cukup dimuliakan oleh Allah swt. Sehingga namamu tercatit dalam Al-quran.

Lihatlah Sultan Muhammad Al-Fateh, Usamah bin Zaid, Salahuddin Al-Ayyubi, pemuda-pemuda Al-Kahfi, Saidina Ali, Imam Syafie' dan ramai lagi pemuda kebanggaan agama dalam sejarah kegemilangan Islam.

Mereka semua PEMUDA, mereka semua hampir sebaya kita.. mereka semua bercita-cita.. tetapi bukanlah bercita-cita sekecil jiwa kita, cita-cita mereka HEBAT.. impian mereka BERSEMANGAT.

SubhanAllah, bukti apa lagi yang kita mahukan untuk membuktikan pemuda seperti kitalah yang seharusnya bangun dari lena, sedar dari angan-angan yang sia-sia, bangkit dari alam maya ke alam yang nyata.

Siapa lagi yang akan jadi PENDOKONG UTAMA AGAMA, jika bukan dari dalam kalangan pemuda itu sendiri.

Andalah PEMUDA harapan AGAMA itu!

Lihatlah realiti masa kini.. pemuda kian longlai, pemuda semakin kusut masai, pemuda mudah dihina, pemuda senang dicerca.. pemuda tiada wawasan diri, pemuda tiada pegangan AGAMA yang sejati..

Ya Allah..
Katakanlah dalam diri, kamilah PEMUDA PEJUANG, PEMUDA yang bukan hanya duduk senang lenang, PEMUDA harapan AGAMA, PEMUDA perubahan identiti BANGSA.. kamilah orangnya!

Kamilah RIJAL yang ditungu-tunggu kehadirannya.. kami!!

Ya, kamilah orangnya, katakanlah dalam diri.. tekadkan dalam sanubari.. tanamkan dalam hati.

Justeru, untuk berubah dari seorang lelaki biasa kepada PEMUDA LUAR BIASA ini, ada satu perkara yang amat penting untuk kita sama-sama telitikan. Apakah ia?
Itulah HATI ..

"Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar mengetahui apa yang disembunyikan hati mereka dan apa yang mereka nyatakan.." - Surah An-Naml [27:74]
Jika seorang tentera itu mahu kekuatan dalam dirinya, latihan FIZIKAL merupakan latihan utama.

Begitu juga seorang PEMUDA. Jika dia mahu kekuatan rohani dalam dirinya, latihan HATI merupakan latihan yang asasi.

Untuk menjadi PEMUDA penyumbang dalam usaha menggapai 'ustaziatul'alam, HATI perlu bersih, HATI perlu jernih .. bersih dan jernih dari kufur serta segala macam kemaksiatan.

HATI itu ibarat kubu sebuah istana. Kita perlu mempertahankan kubu kita daripada diceroboh oleh Syaitan dan Iblis Laknatullah yang durjana.. kita perlu ada cara dalam mengawalnya. Kita perlu ada strategi untuk mempertahankannya.

Apakah cara dan strateginya?
Kita perlu mempertahankan pintu masuk kubu istana. Itulah strategi utama. Jika ini kita mampu lakukan, nescaya tentera-tentera Syaitan dan Iblis pasti sukar untuk menceroboh masuk ke dalam istana.

Persoalannya sekarang, apakah pintu-pintu masuk kubu tersebut? Atau secara realitinya, apakah pintu-pintu masuk Syaitan dan Iblis ke dalam hati kita??

Pintu-pintu masuk tersebut adalah sifat-sifat kita sendiri..
Sifat hasad dengki, ammarah yang keterlaluan, sifat suka bermusuh-musuhan, malas, pengotor, pengeji.. itu semua adalah sebahagian pintu-pintu masuk 'kubu istana'.

Kawallah pintu masuk tersebut, nescaya selamatlah istana, kawal sifat-sifat mazmumah tersebut, nescaya selamatlah hati kita.
Itulah analoginya.. mudah untuk hadam dalam fikiran, tetapi payah untuk dilaksanakan.

Berusahalah untuk mendapat HATI yang suci, bersungguhlah demi memperolehi pangkat PEMUDA yang disegani RABBI .. nescaya pasti ada bahagian untukmu di Akhirat nanti.

Percayalah!

Ayuh PEMUDA!!

Ayuh kita semarakkan semangat. Semangat yang kian lama terpendam, semangat yang sudah lama tertanam!

Jangan biarkan ia begitu sahaja, nescaya menyesal kamu di suatu ketika!
Gunakanlah jiwa pemuda kamu di tempat yang sepatutnya, di tempat yang membanggakan Islam, di tempat yang diredhai AS-SALAM.

Moga pemuda-pemuda pilihan seperti kita semua ini, bertemu gembira bukan sahaja di alam duniawi, malah bertemu riang di Syurga Firdausi. Insya-Allah.
Alhamdulillah.

- editted from iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

T.TaNgAn