14 Ogos 2011

: : Toma'ninah : :

Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhmdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang telah sampaikan kita sehingga 14 Ramadhan ini. Kasihnya Allah SWT kepada hamba-Nya menjadikan bulan yang penuh keberkataan ini walaupun hamba-Nya sering melakukan dosa kecil mahupun dosa besar. Bulan Ramadhan Al-mubarak memberikan peluang kepada muslimin dan muslimat untuk mengislah diri dan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta,Rabul-Jalil.

Setiap hari dari pagi sehingga malam, muslimin dan muslimat berebut-rebut melakukan amal ibadat memohon pengampunan daripada Allah SWT. SubhanAllah...

Malam pula dihiasi dengan solat tarawih, ada yang melakukan 8 rakaat dan ada juga yang melakukan 20 rakaat. Hebat sungguh fizikal mereka...

Namun bagaimana dengan penghayatan solat??

Sungguh menyedihkan dengan solat muslim dan muslimat sekarang...

Si A : Kamu solat tarawih di mana malam n?
Si B : Aku solat di surau sebab buat lapan saja.
Si A : Eh, jom la pergi masjid, masjid buat 20 rakaat.
Si B : Tak pa la, surau habis awal sikit, dalam 10.15 mlm kira dah selesai dah.
Si A : Masjid lagi awal sheikh, 10.10 mlm dah settle?
Si B : Ha?? 20 rakaat abis 10.10 mlm?? LAJUNYA!!!!

bayangkan... selesai saja solat, makmum termenggah2 kepenatan tanpa khusyuk. astaga...

wahai muslimin dan muslimat, solatlah dengan tenang dan menghayatinya(khusyuk).

Firman Allah SWT:“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]

Firman Allah SWT lagi : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”. (Surah Al-Baqarah: 45)

Bukankah Nabi Muhammad SAW memberi teladan solat yang khusyuk kepada para sahabat.

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.

Jagalah rukun solat yakni toma'ninah...

terdapat 2 kitab yang membahaskannya, antaranya Nailul Awthar Syarh Muntaqa Al-Akhbar Li As-Syaukani dan Fathul Bari Li Ibn Hajar Al-Asqalani. Tuma’ninah bermaksud ketenangan. Inilah sebenarnya objective solat, utk mencapai ketenangan. Kalau tidak ada tuma’ninah, maka tiada ketenangan dlmnya. Nabi S.A.W pernah bersabda, "Seburuk2 pencuri ialah pencuri dlm solat." Siapa pencuri dlm solat? Yakni, "mereka yang gagal menyempurnakan ruku' dan sujud." (Riwayat Ibn Khuzaimah, Ahmad, At-tabarani dan Al-Hakim dan isnadnya adalah sahih memenuhi syarat Bukhari dan muslim). jadi tuma'ninah itu dlm erti kata yang sebenarnya ialah melakukan ruku' atau sujud dgn sempurna. Org yg tergesa2 tidak akan sempurna ruku' dan sujudnya

toma'ninah ialah rukun solat, hebat macamana pun solat tarawihmu 8 rakaat atau 20 rakaat pun tanpa toma'ninah. Maka, sia-sia saja solatmu.

SIA-SIA SAJA... nau'zubillah..

Wallahu'alam...


07 Ogos 2011

: : Islah Ramadhan Penyegar Daie : :

Layakkah Aku menjadi da'ie?
Jika diri sendiri belum di islahi
Bercakap bukan main tinggi
Nak laksanakan,masyaallah, susah sekali.

Layakkah aku menjadi da'ie?
Qiamullail setahun sekali
Baca quran pun semuka je sehari
Ada hati nak jadi kekasih Ilahi

Layakkah aku menjadi da'ie?
Sedangkan masalah hati penuh dalam diri
Muamalat pun sesuka hati
Panggilan abang sayang dah jadi lali

Layakkah aku menjadi da'ie ?
Akhlak pun macam tahi
Gelak tak tengok kanan kiri
Orang sekeliling jenuh dok perhati

Ya Allah Ya Rabbi
Pimpilah diriku ini
Yang sentiasa di uji
Dari kanan dan kiri

Aku sedar segala kelemahan diri
Semoga dengan sentuhan kasihMU
Memberikan kekuatan untukku mengubah diri
Menjadi mukmin sejati
Yang mampu berjuang sepanjang hari
Demi mencari syurgamu Ilahi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

T.TaNgAn